Jumaat, 2 November 2012

Soalan latihan Keluarga Bahagia



Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.

gembira       peluh       sanak-saudara                                              
emak       sayang       bapa       amanat      sayang      

1. Keluarga Encik Ahmad sangat bahagia kerana anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran.
2. Ayah Fatimah bekerja sebagai petani.
3. Murid-murid itu bermandi peluh kerana bermain bola di padang.
4. Pengorbanan ibu tunggal itu dalam membesarkan semua anaknya mendapat perhatian    daripada pihak kerajaan.
5. Harta dan wang ringgit tidak menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
6. Kasih ibu-bapa terhadap anak-anaknya tidak pernah luntur.
7. Pegawai itu menyampaikan pesan kepada rakan-rakannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.
8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah cinta kepada negara.

Sudirman : Warisan (HQ Audio)

Rabu, 31 Oktober 2012

Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

Pelajar sedang mengakses internet
Proses pengajaran dan pembelajaran
Aktiviti perbincangan

Selasa, 30 Oktober 2012

Sayangi keluarga (Bahasa Melayu Tahun 4)



SAYANGI KELUARGA
Bahagia seluruh semesta
bermula dari keluarga bahagia
dari titis susu ibu tersayang
terbina sungai kasih yang panjang

Tumbuh dari keringat ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
air matanya mengalir di darah kita
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah di serata benua
tak kan kau temui semurni cinta
semurni cinta keluarga

Bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah ayah:
Kembalilah ke jalan Allah.


Pautan (sayangi keluarga)